Origami Tutorial dan Tangrams

31 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Disember 2018 (Ahad) Pusat Internet Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan aktiviti menghasilkan origami dimana setiap peserta diminta menghasilkan origami ninja star berpandukan video di youtube. Sesi kedua diteruskan dengan aktiviti epembelajaran dimana peserta perlu menyusun tangrams secara atas talian. Kelas diadakan bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang dan seramai 11 orang peserta terlibat dalam aktiviti ini

Tujuan aktiviti ini diadakan untuk :
• Menguji minda peserta dan meningkatkan kemahiran dalam berfikir
• Mendidik peserta menggunakan youtube untuk tujuan yang baik dan berguna
• Meningkatkan kemahiran komputer dan kemampuan untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas